• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MetMalaysia Lancar Portal MyMETdata Untuk Permohonan Data Meteorologi

oleh Mohd Arshad
06/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MetMalaysia Lancar Portal MyMETdata Untuk Permohonan Data Meteorologi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melalui Pusat Iklim Nasional melancarkan myMETdata iaitu portal permohonan data meteorologi secara dalam talian di bawah Projek Peningkatan Perkhidmatan Iklim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata melalui portal itu, orang awam boleh membuat permohonan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter selaras saranan kerajaan ke arah pendigitalan sektor awam.

“Matlamat utamanya untuk memudahkan orang awam mengenal pasti dan memilih lokasi stesen yang dikehendaki serta menyemak kebolehdapatan data yang ingin dimohon.

“MyMETdata ialah sistem permohonan data meteorologi secara dalam talian, selain daripada permohonan di kaunter dan e-mel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim turut merasmikan Forum Iklim Kebangsaan Monsun Timur Laut 2022/2023 bertemakan Cabaran Perubahan Iklim:Bersediakah Kita? yang diadakan menerusi webinar Forum Iklim Kebangsaan.

“Tema berkenaan dipilih kerana mengambil kira isu perubahan iklim yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia pada masa kini.

“Menerusi Laporan Kumpulan Kerja Pertama bagi penghasilan laporan Penilaian Keenam Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim yang dikeluarkan pada Ogos tahun lalu, menunjukkan pemanasan global sudah pun mencapai 1.1 darjah Celsius,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, laporan ini menyatakan sekiranya pemanasan global melangkaui had 1.5 darjah Celsius, maka akan berlaku keragaman cuaca ekstrem seperti kemarau, hujan lebat dan banjir.

“Gelombang haba juga bakal meningkat dengan intensiti yang lebih tinggi serta impak yang lebih kuat akan berlaku kepada alam seluruhnya.

“Dalam menangani senario perubahan iklim ini, Kementerian Alam Sekitar dan Air amat komited memastikan cabaran dan impak perubahan iklim dapat diatasi melalui pelan tindakan mitigasi dan adaptasi,” katanya.

Bernama-

Tags: Data MeteorologiMetMalaysiaMyMETdata
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

Negara Memasuki Fasa Peralihan Monsun Aktif, Cuaca Panas Bakal Reda

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Negara kini memasuki fasa peralihan monsun aktif dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lebih lembap serta...

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd