• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Yakin PRU15 Diadakan Sebelum Musim Banjir

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Zahid Yakin PRU15 Diadakan Sebelum Musim Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan sebelum musim banjir.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pada 30 September lalu, MKT telah membuat keputusan, pilihan raya wajib diadakan pada tahun ini.

“Kami telah meneliti laporan daripada Ketua Pengarah METMalaysia dan mendapati insya-ALLAH pilihan raya akan dibuat sebelum banjir,” katanya pada sidang akhbar selepas perjumpaan khas bersama wakil 191 bahagian UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis ini.

Beliau dalam masa sama turut menolak bahawa adanya tarikh diberikan kepada Ismail Sabri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Itu bukan kuasa parti, kita menghormati kuasa Perdana Menteri,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengulas mengenai terdapatnya kemungkinan jika Yang di-Pertuan Agong menolak tarikh permohonan pembubaran Parlimen.

“Kuasa itu tertakluk kepada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kerana Agong pastinya mengikut Perlembagaan Malaysia.

“Kita yakin Agong akan melakukan perkenan mengikut perkiraan terbaik demi kepentingan negara Malaysia,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPRU-15UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd