• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Siapa Mahu PRU-15 Semasa Banjir – Tok Mat

oleh Mohd Arshad
29/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tiada Siapa Mahu PRU-15 Semasa Banjir – Tok Mat
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU: “Tiada siapa yang mahu buat (PRU-15) musim banjir, macam mana pembangkang tahu ada banjir, mereka ada ilmu kasyaf?”

Demikian tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang membidas sikap kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) apabila mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika musim banjir.

“Kami ini pun manusia juga, kalau banjir pun kami yang turun dahulu, UMNO dan BN lah yang bertungkus-lumus turun. Janganlah ingat kami tiada sifat prihatin, kami lagi prihatin.

“Tiada siapa yang mahu buat musim banjir, macam mana pembangkang tahu ada banjir, mereka ada ilmu kasyaf?. Kalau pun banjir bukan seluruh negara banjir.

“Kalau pun banjir misalnya di Kelantan, di kawasan yang terlibat banjir itu kita tangguhkan pengundian, selagi dalam 60 hari waktu yang digazetkan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adakan pilihan raya selepas Parlimen bubar, pilihan raya umum boleh diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pekebun Kecil Makmur dan Penyampaian Dividen Tanam Semula Komersil (TSK) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Peringkat Negeri Sembilan 2022 di Dewan Biduanda, UiTM Rembau, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Risda, Datuk Seri Mohd. Salim Mohd. Sharif.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN mencadangkan supaya pengundian ditangguhkan di lokasi yang terlibat banjir.

“Kalau banjir takkan sampai dua minggu, misalnya di daerah Tampin, tiga ke empat kawasan banjir, kita tangguhkan dahulu

“Peti undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dikunci supaya tidak mengganggu dan apabila kawasan-kawasan peti undi tidak banjir lagi, katakan tiga hari sudah surut, kita buat lah pengundian,” katanya yang berpandangan SPR mempunyai kuasa untuk menangguhkan pengundian di kawasan terjejas.

Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadual berlangsung esok, Mohamad memberitahu, tiada agenda yang khusus dalam mesyuarat tersebut.

“Ia adalah laporan daripada jawatan kuasa pengurusan saya yang akan menerangkan keadaan semasa persiapan parti. Terdapat 53 bahagian yang telah dikenal pasti berada dalam keadaan kurang selamat,” katanya lagi.

Mengulas mengenai perkembangan terkini hubungan UMNO dengan Pas, beliau memaklumkan masih belum mendapat butiran mengenai perbincangan antara dua presiden parti tersebut.

“Mungkin dalam pertemuan Biro Politik dan Top 5 akan menerangkan apa yang dibincangkan dalam pertemuan mereka berdua,” katanya.

-Utusan Online

Tags: PRU-15Tok Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuri perhatian netizen menerusi satu rakaman video di muat naik...

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN - Kesibukan jadual tidak menghalang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk turun padang menyantuni rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd