• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Maut Dihempap Papan Tanda

oleh Mohd Arshad
28/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemandu Lori Maut Dihempap Papan Tanda
Share on FacebookShare on Twitter

BAYAN LEPAS: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya dihempap papan tanda yang tumbang dalam kemalangan di Persiaran Paya Terubong 2, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian berlaku apabila lori dipercayai melebihi had ketinggian dibenarkan itu, merempuh papan tanda yang kemudian tumbang menghempap bahagian depan kenderaan terbabit.

Mangsa, S Kumaravelan, 48, yang tersepit di tempat duduk pemandu, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Khairul Anuar Abdul Rahim, berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.20 petang sebelum anggotanya yang turut dibantu pasukan BBP Bayan Baru bergegas ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori muatan barang seberat lima tan dan terdapat seorang lelaki yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Anggota mengambil masa kurang 10 minit bagi mangsa mengeluarkan yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya.

Khairul Anuar berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis, sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

BHonline-

Tags: mautpapan tandapemandu lori
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd