• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lagi PPS Dibuka Di Johor, Mangsa Banjir Meningkat

oleh Mohd Arshad
25/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
5 Lagi PPS Dibuka Di Johor, Mangsa Banjir Meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor, menjadikan keseluruhannya enam PPS sedang beroperasi di negeri ini yang menempatkan kira-kira 200 mangsa banjir kilat, setakat jam 4 petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Terdahulu, sebuah PPS dibuka di Sekolah Agama Seri Bengkal, Batu Pahat, pada jam 8 pagi tadi yang menempatkan 69 mangsa banjir membabitkan 22 keluarga dari Kampung Seri Bengkal.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), sebuah lagi PPS dibuka di Batu Pahat, iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Peserai.

“Dua PPS dibuka di daerah Pontian, iaitu di Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan, dan Sekolah Agama Kayu Ara Pasong.

“Bagi daerah Johor Bahru pula, dua PPS dibuka di Dewan Raya Gelang Patah dan SK Nong Chik,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

JPBD memaklumkan, sebanyak 12 kawasan di Johor dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat bermula jam 6.30 pagi.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai di Batu Pahat, serta Taman Dato Syed Mohd Idrus, Kampung Baru dan Kampung Mohd Amin di Johor Bahru.

Di Pontian pula ialah Kampung Sungai Mulih, Pekan Nenas; Kampung Parit Sapran; Kampung Parit Haji Omar; Jalan Mohsin, Kayu Ara Pasong; Kampung Parit Haji Siraj; Parit Lapis, Kayu Ara Pasong; dan Kampung Parit Abdul Rahman.

Bernama-

Tags: BanjirJohorPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd