• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Puji Disiplin Dan Semangat Kesukanan Penyokong Kelantan

oleh Ahmad Albab
24/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memuji sikap berdisiplin dan semangat kesukanan yang dipamerkan penyokong Kelantan walaupun pasukan itu tewas 1-3 kepada pasukan Lions XII pada perlawanan akhir Piala FA 2015 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya bangga dan memberikan pujian tinggi kepada penyokong Kelantan kerana pada perlawanan akhir kali ini, tiada insiden membabitkan tingkah laku penyokong terjadi.

“Tiada sebarang insiden seperti balingan objek, membakar mercun, bom asap atau suar berlaku. Ini menunjukkan bahawa penyokong Kelantan kini semakin matang dan memiliki tahap disiplin serta semangat kesukanan tinggi meskipun pasukan mereka tewas.

“Terima kasih juga kepada semua penyokong Kelantan dan Lions XII yang hadir kerana tidak menimbulkan sebarang kekecohan sebelum, pada atau selepas perlawanan,” katanya dalam kenyataan media.

Hamidin berkata biarpun perlawanan akhir kali ini tidak menemukan dua pasukan yang mempunyai bilangan penyokong yang sama ramai, 80,000 tiket habis dijual termasuk 3,000 keping tiket yang dibeli penyokong Lions XII.

FAM berharap sikap baik yang ditunjukkan penyokong Kelantan ini dapat diteruskan dan dicontohi penyokong-penyokong pasukan lain untuk perlawanan akhir yang akan datang atau mana-mana aksi Liga Malaysia selepas ini.

Pasukan jemputan dari Singapura itu melakar sejarah menjadi pasukan luar pertama muncul juara Piala FA sejak pertandingan berkenaan diperkenalkan pada 1990. – BERNAMA

Tags: FAMPiala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd