• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Respect Rakan-Rakan ADUN BN dan PN” – Jalaludin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Respect Rakan-Rakan ADUN BN dan PN” – Jalaludin
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias memuji tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang pantas turun padang membantu rakyat terjejas akibat banjir di negeri itu.

Beliau menyatakan rasa hormat terhadap wakil rakyat kedua-dua gabungan berkenaan yang segera meninjau keadaan penduduk dan menghulurkan bantuan sebaik menerima berita mengenai kejadian banjir.

“Sejujurnya, saya ‘respek’ dengan rakan-rakan ADUN BN dan PN. Dengar je berita pasal banjir, terus turun padang tengok rakyat dan berikan bantuan. Tahniah rakan-rakan ADUN semua!” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Jalaludin berkata, tindakan tersebut mencerminkan pendekatan wakil rakyat BN dan PN di Negeri Sembilan yang mengutamakan kebajikan rakyat dalam apa jua keadaan.

“Inilah cara kerja wakil rakyat BN dan PN di N9. Rakyat dulu, apa-apa pun.

“Insya-Allah, ini akan menjadi amalan wakil-wakil rakyat BN dan PN untuk pastikan janji kepada rakyat tidak akan dipersiakan,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut meminta orang ramai memaklumkan keadaan banjir di kawasan masing-masing, khususnya lokasi yang baru dinaiki air.

“Kawasan anda macam mana sekarang? Kalau ada yang baru naik air bagi tau. Dan satu lagi kalau ada gambar YB kawasan anda turun membantu, boleh share kat komen gak,” katanya.

Beliau turut berkongsi beberapa gambar ADUN yang turun membantu penduduk ketika banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun, Jalaludin percaya semua ADUN BN dan PN telah turun menyantuni rakyat yang berdepan kesusahan akibat bencana tersebut. – MYNEWSHUB

Tags: ADUN BN dan PNJalaludinRakan-RakanSaya Respect
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.