• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasa Terbeban Bayar Cukai? Hakikatnya Kita Menikmati Hasilnya Setiap Hari

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Rasa Terbeban Bayar Cukai? Hakikatnya Kita Menikmati Hasilnya Setiap Hari
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP tahun bermula Mac, rakyat Malaysia mula melaksanakan tanggungjawab melaporkan pendapatan dan membayar cukai.

Namun, di sebalik keluhan mengenai beban cukai, ramai mungkin tidak sedar bahawa wang yang dibayar sebenarnya kembali kepada rakyat melalui pelbagai kemudahan dan perkhidmatan harian.

Hakikatnya, manfaat cukai bukan sahaja dinikmati pembayar cukai, malah turut dirasai pasangan, anak-anak dan ibu bapa.

Daripada kemudahan asas hingga perlindungan sosial, semuanya berkait rapat dengan hasil kutipan cukai kerajaan.

Lihat sahaja kehidupan seharian kita. Jalan raya yang digunakan untuk ke tempat kerja, lampu jalan, papan tanda, lampu isyarat dan jambatan merupakan antara kemudahan yang dibina serta diselenggara menggunakan hasil cukai.

Dalam pendidikan pula, anak-anak menikmati kemudahan sekolah kerajaan, yuran rendah, buku teks, bantuan prapersekolahan dan peluang melanjutkan pengajian ke institusi awam.

Semua ini membantu memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses lebih ramai rakyat Malaysia.

Begitu juga dalam sektor kesihatan. Ibu bapa boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan pada kos minimum, anak-anak menerima imunisasi percuma, manakala pasangan mendapat kemudahan bersalin tanpa perlu menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.

Hasil cukai turut membiayai perkhidmatan keselamatan seperti polis, tentera dan bomba yang memastikan keamanan negara serta membolehkan rakyat menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

Pada masa sama, pembangunan lebuh raya, jambatan, pengangkutan awam, bekalan air bersih dan elektrik memudahkan pelbagai urusan keluarga, termasuk menghantar anak ke sekolah atau membawa ibu bapa mendapatkan rawatan.

Bukan itu sahaja, bantuan dan subsidi kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Budi Madani turut disokong hasil kutipan cukai.

Begitu juga subsidi minyak masak, gula, bantuan pendidikan serta pelbagai inisiatif kebajikan yang membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Manfaat cukai juga dapat dilihat melalui perkhidmatan kutipan sampah, penyelenggaraan kawasan perumahan, taman rekreasi dan kemudahan awam yang sering kita gunakan tanpa terlalu memikirkan sumber pembiayaannya.

Dalam pembangunan sosial pula, hasil cukai menyokong program belia, aktiviti sukan, seni dan budaya yang membuka peluang kepada masyarakat, khususnya generasi muda, untuk berkembang dalam suasana lebih harmoni dan seimbang.

Justeru, walaupun membayar cukai mungkin terasa membebankan, manfaatnya sebenarnya dinikmati hampir setiap hari oleh kita sekeluarga.

Cukai bukan sekadar kewajipan, tetapi juga pelaburan bersama untuk kesejahteraan keluarga, masyarakat dan pembangunan negara pada masa hadapan.

Cukai Anda, Masa Depan Negara. – MYNEWSHUB

Tags: Bayar CukaiHakikatnyaHasilnyaKita MenikmatiRasa TerbebanSetiap Hari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd