GESAAN supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dibawa pulang bagi menjalani tahanan rumah mempunyai beberapa asas yang wajar dipertimbangkan, khususnya selepas pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Pertama, keputusan pengampunan bersyarat itu dibuat menerusi kuasa Seri Paduka Baginda di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, sekali gus mempunyai kedudukan penting dalam sistem Raja Berperlembagaan.
Kedua, Najib telah menjelaskan denda RM50 juta pada 6 November lalu, sekali gus memenuhi syarat pembayaran yang ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan.
Ketiga, Sultan Ibrahim pada 7 November turut menitahkan supaya pelaksanaan pengampunan bersyarat itu dihormati dan dilaksanakan sebagaimana diputuskan tanpa menimbulkan ketidakpastian berpanjangan.
Keempat, membawa Najib pulang bukan bermaksud membebaskannya daripada hukuman, sebaliknya membolehkan baki hukuman dijalani melalui tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan.
Kelima, persoalan mengenai tafsiran perintah pengampunan dan kesan perintah mahkamah boleh terus diperjelaskan melalui proses undang-undang tanpa mengabaikan kepentingan pelaksanaan titah diraja.
Keenam, langkah mempercepat penyelesaian isu itu juga boleh membantu mengurangkan polemik politik serta memulihkan keyakinan masyarakat terhadap ketelusan institusi perundangan negara. – MYNEWSHUB
