• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rohingya Dalam 1,476 Rakyat Myanmar Dihantar Pulang – Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Rohingya Dalam 1,476 Rakyat Myanmar Dihantar Pulang – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada etnik Rohingya dikenal pasti dalam kalangan 1,476 rakyat Myanmar yang dihantar pulang dari Malaysia baru-baru ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam rekod yang kita kesan setakat ini, belum ada rakyat Rohingya yang dibawa pulang. Tapi ini masih lagi dalam perbincangan.

“Saya percaya Menteri Luar dan saya tatkala bertemu dengan Presiden Min Aung Hlaing
beberapa hari ini, saya akan juga bangkitkan isu ini supaya dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

“Tapi bagi saya, mana-mana negara
yang ingin bawa pulang rakyat mereka dari negara kita, itu kita alu-alukan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kulai, Suhaizan Kaiat adakah 1,400 pelarian Myanmar yang telah dihantar pulang sebelum ini termasuk Rohingya.

Anwar sebelum itu memaklumkan, hasil rundingan dengan Myanmar telah berhasil membawa pulang 10,000 rakyat negara itu ke negara asal dengan yang terakhir seramai 1,400.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebarang usaha untuk menghentikan peranan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam urusan pendaftaran pelarian di negara ini perlu melalui rundingan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Menurut beliau, peranan UNHCR dalam perkara berkenaan merupakan isu legasi yang dibenarkan secara rasmi oleh kerajaan terdahulu, justeru sebarang pindaan terhadap peraturan sedia ada memerlukan masa.

“Ini memerlukan proses rundingan dengan PBB supaya kita tidak dilihat mengetepikan peraturan antarabangsa.

“Bagaimanapun, saya setuju sebenarnya tindakan dan keputusan yang tegas harus diambil kerana urusan negara kita harus oleh jentera kita sendiri, tidak diatur oleh pegawai dari luar, yang mengatur siapa yang layak, siapa yang tidak layak (mendapat status pelarian),” katanya.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, jumlah warga asing yang terkumpul dari Myanmar mencecah 200,000 termasuk bukan Rohingya yang mencecah sekitar 60,000 hingga 70,000 iaitu Chin, Arakanese, Kachin, Mon, Karen, Shan dan lain-lain etnik.

“Status mereka hampir sama dengan etnik
Rohingya,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 476 Rakyat MyanmaranwarDalam 1dihantar pulangPMXTiada Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekarang Kalau Kena Jentik Sedikit Disaman’ – PMX Anwar

‘Sekarang Kalau Kena Jentik Sedikit Disaman’ – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap segelintir ibu bapa yang didakwa hampir tidak mengambil tahu...

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) tidak mungkin dapat meliputi keseluruhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd