• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Rasmi PRN Melaka Bermula Hari Ini

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Kempen Rasmi PRN Melaka Bermula Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kempen rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bermula hari ini selepas proses penamaan calon yang berlangsung di 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penyerahan kertas penamaan calon berlangsung selama sejam bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi tadi, sebelum pengisytiharan calon yang layak bertanding dibuat.

Kempen rasmi bermula selepas pengisytiharan calon dan akan berlangsung sehingga pukul 11.59 malam pada 13 November ini.

SPR sebelum ini menetapkan 10 November sebagai hari pengundian awal, manakala 14 November sebagai hari pengundian biasa.

Seramai 687,697 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kali ini, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera bersama pasangan serta 2,762 anggota polis.

Dalam kenyataan bertarikh 29 Oktober lalu, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus mengingatkan semua calon dan parti politik supaya sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan serta tata etika pilihan raya.

Menurutnya, calon yang telah membayar deposit bahan kempen tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Antara larangan yang dinyatakan ialah penggunaan alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan diayah politik melalui kenderaan serta berada dalam jarak 50 meter dari sempadan yang ditetapkan pada hari penamaan calon.

SPR turut menyeru semua pihak mematuhi arahan SPR, PBT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan perjalanan pilihan raya berlangsung dengan baik dan lancar. – MYNEWSHUB

Tags: Bermula Hari IniKempen RasmiPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

31/10/2026
0

MELAKA - “Kalau tak matang, satu dunia kecam saya, takkan saya berdiri lagi kat sini.” Demikian tegas calon Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd