• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi Lemah Magnitud 3.5 Gegar Ranau

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Gempa Bumi Lemah Magnitud 3.5 Gegar Ranau
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 dikesan berlaku di Panginatan, Ranau, Sabah pada pukul 10.57 pagi, hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur.

Pusat gempa dikesan kira-kira 14 kilometer (km) di selatan Ranau pada kedalaman 13km.

MetMalaysia memaklumkan gegaran akibat gempa bumi berkenaan dirasai penduduk di Ranau serta beberapa kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat mengenai kerosakan atau kemalangan susulan kejadian tersebut dilaporkan.

MetMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau keadaan dan perkembangan berkaitan gempa bumi berkenaan.

Orang ramai yang merasai gegaran turut diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kesan gegaran. – MYNEWSHUB

https://forms.gle/cYMVjU7DYeKBV3ZbA

Tags: Gegar RanauGempa Bumi LemahMagnitud 3.5
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd