• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berpangkalan Di Israel, Penjawat Awam Malaysia Dilarang Guna Waze Serta-Merta

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Berpangkalan Di Israel, Penjawat Awam Malaysia Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

PUTRAJAYA – Penjawat awam Malaysia dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze berkuat kuasa serta-merta, menurut kandungan surat bertarikh 20 Oktober 2026 yang beredar atas nama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Keputusan berkenaan dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri pada tarikh sama.

Menurut surat tersebut, larangan itu melibatkan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang dinyatakan berpangkalan di Israel dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan diminta memastikan keputusan berkenaan dimaklumkan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing, termasuk agensi serta jabatan berkaitan, untuk dilaksanakan dengan serta-merta, katanya.

Edaran surat itu turut ditujukan kepada ketua pengurusan badan berkanun Persekutuan, setiausaha kerajaan negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Surat berkenaan menamakan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri sebagai agensi penyelaras bagi menjawab pertanyaan serta memberikan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan arahan tersebut.

Kerjasama semua pihak turut diminta bagi memastikan keputusan itu dipatuhi secara menyeluruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi masing-masing.

Sementara itu, laporan Bernama pada 20 Oktober menyebut kerajaan menggalakkan penggunaan aplikasi navigasi tempatan TuJu sebagai alternatif kepada Waze, tanpa menyatakan larangan penggunaan Waze terhadap semua penjawat awam. –MYNEWSHUB

Tags: waze
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Waze Perkenal Harga Tol

25/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Waze, platform yang menyatukan komuniti di dalam mahupun di luar perjalanan, hari ini melancarkan ciri harga tol...

Aplikasi Waze Untuk Maklum Kehadiran Haiwan Liar?

25/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang mengadakan perbincangan dengan pembangun aplikasi navigasi percuma, Waze,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd