• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Akan Semak Semula Syarat Pemilikan Pusat Tuisyen

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
KPM Akan Semak Semula Syarat Pemilikan Pusat Tuisyen
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan cadangan untuk menyemak semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen untuk pertimbangan Jemaah Menteri minggu hadapan.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen telah diperincikan dalam Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006.

Menurut KPM, pihaknya mengambil maklum pelbagai pandangan yang dibangkitkan berhubung ketetapan berkenaan dan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan semua pihak.

“KPM berpandangan bahawa ruang pendidikan perlu kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan dan pembelajaran anak-anak Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, kementerian akan membawa cadangan semakan semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen kepada Jemaah Menteri pada minggu hadapan.

KPM turut menghargai sumbangan pengusaha pusat tuisyen selama ini dan memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia.

Sebelum ini tular isu pusat tuisyen dikehendaki memenuhi syarat ekuiti 30 peratus Bumiputera bagi pembaharuan lesen. – MYNEWSHUB

Tags: KPMPemilikanPusat TuisyenSemak Semulasyarat
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

AGC Tetap Failkan Permohonan Semak Semula Perintah Pelepasan Najib

AGC Tetap Failkan Permohonan Semak Semula Perintah Pelepasan Najib

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan...

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan sejauh mana dasar keselamatan dan antibuli Kementerian Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd