• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Kuasa Buatlah Apa Sahaja, Tapi Ingat Akan Tiba Masa Kamu Di Bawah – Fadhli Shaari

oleh Mynewshub
24/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ada Kuasa Buatlah Apa Sahaja, Tapi Ingat Akan Tiba Masa Kamu Di Bawah – Fadhli Shaari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan pihak yang berkuasa supaya tidak menggunakan kedudukan serta agensi kerajaan untuk menindas lawan.

Beliau mendakwa kuasa yang dimiliki ketika ini membolehkan pelbagai tindakan dilakukan, termasuk menggunakan agensi kerajaan terhadap pihak yang dianggap sebagai lawan.

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli mengingatkan bahawa kedudukan politik tidak kekal dan pihak yang berada di atas pada hari ini mungkin berada di bawah pada masa akan datang.

“Kamu ada kuasa, buatlah apa sahaja, segala agensi kerajaan kamu gunakan untuk menindas lawan. Tapi ingatlah akan tiba masa kamu pula berada di bawah nanti,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) hari ini mengesahkan menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung cadangan untuk membatalkan pendaftaran gabungan itu, selain perintah menggantung semua kegiatannya sehingga tarikh yang tidak ditentukan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dipetik berkata, notis berkenaan dikeluarkan di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966, dengan PN diberikan tempoh 30 hari untuk menunjukkan sebab berhubung cadangan pembatalan tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari

Tags: Ada KuasaAkan Tiba MasaBuatlah Apa SahajaFadhli ShaariKamu Di BawahTapi Ingat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd