• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Umum Akan Mansuh AUKU

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Umum Akan Mansuh AUKU
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) akan dimansuhkan.

Menurut beliau, beberapa pindaan yang dibuat terhadap akta tersebut sebelum ini didapati masih belum memuaskan mahasiswa.

“Mahasiswa merasakan mereka harus bebas, kita sudah bebaskan dengan pindaan AUKU, masih ada yang tidak puas hati.

“Maka pada hari ini saya nak umumkan, kita akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Anwar seterusnya mendakwa, beberapa reformasi pendidikan sebelum ini sudah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Madani.

Menurut beliau, ia termasuk kemasukan anak-anak di peringkat awal, bahan TVET dan STEM secara lebih teratur dan pengambilalihan prasekolah.

“Kita tidak mahu prasekolah hanya bagi kalangan elit di bandar dan kelas dua bagi anak-anak di pedalaman dan desa,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Akta 30Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971AUKUDatuk Seri Anwar IbrahimdimansuhkanPerdana MenteriPMX
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dakwa Penyatuan Ummah Tunggang Agama Pertahan Pemimpin Bobrok

PMX Anwar Dakwa Penyatuan Ummah Tunggang Agama Pertahan Pemimpin Bobrok

13/11/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa seruan penyatuan ummah digunakan untuk menunggang agama demi mempertahankan kepimpinan bobrok...

Betapa Gilanya Zaman Ini, Orang Jujur Dihina, Mereka Yang Korup Disanjung – PMX Anwar

Betapa Gilanya Zaman Ini, Orang Jujur Dihina, Mereka Yang Korup Disanjung – PMX Anwar

13/11/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keadaan zaman ini sebagai semakin tidak masuk akal apabila golongan jujur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd