• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PAS Hadir Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pemimpin PAS Hadir Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Pimpinan PAS Tanah Merah hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah yang berlangsung di Dataran Mahsuri, Bandar Tanah Merah di sini hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menghargai kehadiran pemimpin PAS Tanah Merah yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan pimpinan PAS Tanah Merah atas kehadiran dan semangat muafakat yang dizahirkan.

“UMNO Bahagian Tanah Merah akan terus meneruskan tradisi perjuangan membela rakyat dengan menjadi suara yang membawa aspirasi dan denyut nadi masyarakat setempat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Asyraf Wajdi mengucapkan terima kasih kepada Datuk Wan Rakemi Wan Zahari selaku Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, seluruh kepimpinan bahagian, para perwakilan serta ahli-ahli akar umbi UMNO yang hadir dengan penuh semangat dan komitmenm

Menurut beliau, kehadiran Gelombang Biru yang memenuhi dataran berkenaan membuktikan obor perjuangan UMNO terus menyala demi agama, bangsa dan tanah air.

Katanya, antara bukti perjuangan itu ialah kejayaan membawa suara rakyat sehingga terlaksananya projek pembinaan MRSM Ulul Albab Tanah Merah yang bakal menjadi pemangkin pembangunan modal insan serta membuka lebih banyak peluang pendidikan berkualiti kepada anak-anak di daerah berkenaan.

“Semoga semangat perjuangan ini terus diperkasakan demi memastikan Tanah Merah terus maju, rakyat terus terbela dan UMNO kekal menjadi wadah perjuangan yang sentiasa berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukiHadirMesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah MerahPimpinan PAS Tanah MerahSetiausaha Agung UMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Ismail Lasim Hadir Ke Stadium Beri Sokongan Kepada Negeri Sembilan FC

Ismail Lasim Hadir Ke Stadium Beri Sokongan Kepada Negeri Sembilan FC

18/10/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim turun padang memberikan sokongan kepada skuad Negeri Sembilan FC apabila hadir menyaksikan...

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd