• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mastura Luah Penghargaan Buat Jalaluddin Alias, Teguh Memimpin Perjuangan BN

oleh Mynewshub
04/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mastura Luah Penghargaan Buat Jalaluddin Alias, Teguh Memimpin Perjuangan BN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Menurutnya, beliau menyaksikan sendiri amanah besar dipikul Jalaluddin selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN)

Beliau berkata, dalam keadaan negeri berhadapan pelbagai cabaran berkaitan adat dan pentadbiran serta ketika BN memasuki pilihan raya tanpa kelebihan yang besar, Jalaluddin tetap teguh memimpin perjuangan.

Menurutnya, pelbagai persepsi, kritikan dan naratif negatif terpaksa dihadapi Jalaluddin hanya kerana memegang amanah kepimpinan, namun beliau tidak pernah memilih jalan yang mudah.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan Negeri Sembilan seorang pemimpin yang sanggup berkorban masa, tenaga, fikiran dan perasaan demi memastikan perjuangan ini terus hidup.

“Tidak ramai yang benar-benar memahami beban yang dipikul dan tidak semua sanggup melalui ujian seberat ini dengan penuh sabar dan keikhlasan.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta usaha seluruh jentera dan rakyat yang memberikan kepercayaan, Barisan Nasional kembali diberi amanah untuk menerajui pentadbiran negeri Beradat ini.

“Di sebalik kejayaan itu, tersimpan pengorbanan yang tidak selalu terlihat oleh mata,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Mastura turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jalaluddin atas kepimpinan, ketabahan dan keikhlasan yang sentiasa meletakkan kepentingan negeri serta rakyat mengatasi segala-galanya.

Beliau mendoakan agar setiap keringat dan pengorbanan Jalaluddin menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT, selain dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, ketenangan jiwa, perlindungan serta keberkatan dalam meneruskan perjuangan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mastura Yazid

Tags: Barisan NasionalBekas Ahli Parlimen Kuala KangsarBNDatuk Mastura YazidDatuk Seri Jalaluddin AliasKemenanganPengerusi Perhubungan UMNO Negeri SembilanpenghormatanPERJUANGANPRN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muafakat BN-PN Melibatkan 10 Parti Berbagai Kaum – Annuar

Muafakat BN-PN Melibatkan 10 Parti Berbagai Kaum – Annuar

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa muafakat antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan...

[TIDAK RASMI] BN-PN Peroleh Majoriti 2/3 Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sembilan

[TIDAK RASMI] BN-PN Peroleh Majoriti 2/3 Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sembilan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) telah mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd