• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Salahkan Pengundi Selepas Kalah Pilihan Raya – Ivone Low

oleh Mynewshub
04/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Salahkan Pengundi Selepas Kalah Pilihan Raya – Ivone Low
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen meminta Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook tidak cuba menyalahkan pengundi susulan kekalahannya mempertahankan kerusi DUN Chennah.

Menurut beliau, perbuatan tersebut seolah-olah menafikan kesuburan amalan demokrasi di negara ini.

“Jika pengundi sokong kamu, kamu kata mereka bijak. Bila pengundi tidak sokong kamu, kamu gelar mereka tidak bijak?,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Ivone Low turut membangkitkan ungkapan “Loke Tok Undang kelima” yang menurutnya pernah disebut oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.

Justeru, beliau mempersoalkan sama ada Anthony Loke mahu mengatakan pengundi telah “termakan hasutan” daripada pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Mengulas dakwaan Anthony Loke mengenai kempen berbaur perkauman, Ivone berkata pemimpin DAP itu tidak perlu memandang jauh, sebaliknya melihat kepada kempen partinya sendiri.

Katanya, Hew Kuan Yau atau Superman Hew sering dijemput sebagai penceramah dalam pelbagai program DAP dan sebelum ini pernah melabel Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh sebagai “ekstrem”.

Ivone turut mempersoalkan sama ada Anthony Loke mengetahui tindakan Kuan Yau yang mempermainkan nama Akmal sebagai “Amau”, yang menurutnya dalam bahasa Kantonis membawa maksud “hina”.

Beliau berkata tindakan sedemikian juga merupakan politik berbaur perkauman yang meniup kebencian serta mengundang perpecahan dalam masyarakat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: Anthony Loke Siew FookDUN ChennahIvone Low Yi WenJangan Salahkan PengundiKetua Beliawanis MCASetiausaha Agung DAP
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

“Saya Bukan Nak Men’jilat’ Cina, Tapi..” – Sheikh Umar

“Saya Bukan Nak Men’jilat’ Cina, Tapi..” – Sheikh Umar

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa kesal terhadap Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd