• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN Harapan (PH) membawa naratif kemenangan besar Barisan Nasional (BN) Johor kerana penyokong Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS beralih menyokong BN.

Lantaran itu, pelbagai kata-kata mengejek untuk menyakitkan hati penyokong PN sedang dilontarkan oleh cybertrooper PH di media sosial.

Barangkali ini strategi berikutnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Strategi mengadu domba untuk memecahbelahkan pengundi.

Akan tetapi, hakikat yang sukar diakui PH adalah majoriti Bangsa Johor memilih untuk mengetepikan sentimen kepartian ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai.

Mereka mengundi untuk kestabilan dan masa depan negeri di bawah pimpinan BN Johor selain sepakat mahu memastikan PH-DAP tidak menguasai Johor.

Majoriti Melayu, Cina, India, Orang Asli serta pelbagai lapisan masyarakat membuat pilihan yang akhirnya menghasilkan kemenangan besar BN Johor.

Naratif BN Johor mendapat sokongan penyokong PN memang mudah disebut dan jika betul sekali pun tiada yang salah mengenainya kerana Malaysia negara demokrasi.

Lagipun, jika benar 100 peratus penyokong PN mengundi BN, BN Johor seharusnya memenangi lebih daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Sebagai contoh, DUN Stulang, PH menang dengan hanya majoriti 623 undi apabila memperoleh 17,560 undi berbanding BN 16,937 dan PN 1,238.

Sekiranya undi BN dan PN digabungkan di Stulang, jumlahnya mencecah 18,175 undi, mengatasi PH.

Situasi sama berlaku di DUN Simpang Jeram. PH menang dengan majoriti hanya 170 undi apabila memperoleh 12,022 undi, manakala BN mendapat 11,852 undi dan PN 3,962 undi.

Justeru, perkembangan yang lebih menarik untuk disaksikan berbanding adu domba terbaru PH adalah sama ada ‘Waghih N9’ akan mengambil pendirian yang sama seperti ‘Bangsa Johor’ pada 1 Ogos ini. – MYNEWSHUB

Tags: Bangsa JohorBarisan NasionalBNDemokrasiPenyokong PNperikatan nasionalPRN JohorPRN Negeri SembilanUndiWaghih N9
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh memuat naik satu hantaran di media sosial yang menyentuh...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd