• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Puji Menara Merdeka Maybank Indah, Megah, Hebat

oleh Mynewshub
30/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Puji Menara Merdeka Maybank Indah, Megah, Hebat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Menara Merdeka 118 yang telah ditukar nama kepada Menara Merdeka Maybank sebagai bangunan yang indah, megah dan hebat.

Menurut beliau, Menara Merdeka Maybank lebih indah, megah dan hebat berbanding Pejabat Perdana Menteri Malaysia, justeru beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Maybank.

“Alhamdulillah. Bayangkan pejabat saudara-saudari ini jauh lebih indah, megah dan hebat daripada pejabat Perdana Menteri Malaysia. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada semua.

“Dengan segala sukacitanya, saya dengan segala pengiktirafan dan penghargaan kepada rakan-rakan merasmikan ibu pejabat baharu Maybank ini di Menara Merdeka Maybank,” katanya yang mendapat sorakan dan tepukan gemuruh para warga Maybank.

Projek pembinaan Menara Merdeka 118 diluluskan dan diteruskan ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Projek itu ketika itu namun mendapat bantahan kuat beberapa pihak termasuk insiden sekumpulan 100 aktivis melancarkan kempen “Katakan Tidak Pada Menara Mega 118 Tingkat” pada Januari 2013.

Antara dakwaan yang dilontarkan oleh ahli politik pembangkang ketika itu adalah projek tersebut membazir dan mahu tapak projek tersebut diumumkan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimHebatIndahMegahMenara Merdeka 118Menara Merdeka MaybankPelancaranperasmianPerdana Menteripuji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pandai berpidato meyakinkan rakyat, malah memiliki bakat terpendam menari ala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd