• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nada Puad Berubah, Ucap Tahniah Kepada BN, ‘Business As Usual’

oleh Mynewshub
11/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Nada Puad Berubah, Ucap Tahniah Kepada BN,  ‘Business As Usual’
Share on FacebookShare on Twitter

RENGIT – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan besar gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

Menurut beliau, keputusan tersebut membuktikan rakyat Johor mahu meneruskan kestabilan politik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri terus diperkukuhkan.

“Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada BN atas kemenangan besar mereka di PRN Johor 2026. Ternyata kemenangan itu jadi bukti Bangsa Johor mahu meneruskan kestabilan sedia ada demi kejayaan ekonomi yang lebih besar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mohd Puad turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi atas kejayaan memimpin BN meraih kemenangan, selain menzahirkan ucapan sama kepada dua rakannya, Yusla Ismail yang memenangi kerusi DUN Senggarang dan Zaidi Japar yang menang di DUN Rengit.

Beliau berkata, kedua-dua wakil rakyat itu
diharapkan dapat menjalankan amanah dengan cemerlang demi kepentingan rakyat.

Dalam masa sama, Mohd Puad mengakui beliau membantu kempen dua calon Pakatan Harapan (PH) atas kapasiti hubungan peribadi, namun enggan mengulas lanjut mengenai hala tuju politiknya selepas ini.

“Saya membantu kempen dua calon PH atas kapasiti peribadi mereka. Apakah hala tuju politik saya selepas ini? Hanya Allah yang tahu. The rest, ‘business as usual’,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial DrPuad Zarkashi

 

Tags: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNOBusiness As UsualCalon BNDatuk Mohd Puad ZarkashiDUN RengitNada berubahPRN Johortahniah BN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nurulhidayah Ucap Terima Kasih Kepada Bangsa Johor

Nurulhidayah Ucap Terima Kasih Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih kepada Bangsa Johor. Ucapan terima kasih tersebut...

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd