• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lotus’s Ambil Tindakan Tatatertib Susulan Wanita Hamil Dituduh Mencuri

oleh Mynewshub
14/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lotus’s Ambil Tindakan Tatatertib Susulan Wanita Hamil Dituduh Mencuri
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

KUALA LUMPUR – Lotus’s Malaysia mengesahkan tindakan tatatertib telah diambil susulan insiden seorang wanita sarat hamil yang didakwa dituduh mencuri ketika membeli-belah di cawangan pasar raya berkenaan di Selayang, Selangor.

Syarikat peruncitan itu berkata, tindakan berkenaan dibuat mengikut dasar dalaman selepas siasatan terhadap kejadian yang tular di media sosial selesai dijalankan.

Menurut Lotus’s, hasil siasatan mendapati cara insiden berkenaan dikendalikan tidak menepati standard layanan dan perkhidmatan yang sepatutnya diterima oleh pelanggan.

“Kami mendapati bahawa cara insiden ini dikendalikan tidak memenuhi standard layanan dan perkhidmatan yang sewajarnya diharapkan pelanggan terhadap Lotus’s, mahupun standard yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Lotus’s turut memohon maaf kepada wanita berkenaan, suaminya serta seluruh keluarga mereka atas pengalaman yang dilalui.

Syarikat itu menegaskan tiada pelanggan sepatutnya berdepan layanan sedemikian ketika membeli-belah di premisnya.

“Kami amat kesal atas pengalaman yang telah mereka lalui. Kami juga telah menghubungi keluarga tersebut secara langsung dan kekal komited untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka,” katanya.

Susulan kejadian itu, Lotus’s berkata, pihaknya sedang memperkukuh garis panduan, prosedur kerja dan latihan kakitangan bagi memastikan standard perkhidmatan dipatuhi serta kejadian sama tidak berulang.

Bagaimanapun, syarikat itu turut melahirkan rasa kesal terhadap gangguan peribadi dan ugutan dalam talian yang didakwa ditujukan kepada pekerja terbabit serta ahli keluarga mereka.

Lotus’s menyeru semua pihak supaya menghormati privasi, kesejahteraan dan maruah setiap individu yang terlibat, selain mengendalikan perkara berkenaan dengan persefahaman serta ihsan.

“Insiden ini mengingatkan kami mengenai kepentingan melayan setiap pelanggan dengan empati, rasa hormat dan bermaruah.

“Kami kekal komited untuk mengambil iktibar daripada pengalaman ini, terus menambah baik mutu perkhidmatan serta berusaha meraih kepercayaan pelanggan kepada Lotus’s setiap hari,” katanya.

Terdahulu, suami kepada wanita berusia 23 tahun itu mendakwa isterinya yang sedang hamil 38 minggu ditahan selepas disyaki menyembunyikan barangan di sebalik pakaian.

Lelaki berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Fareez turut mendakwa isterinya diminta menunjukkan buku rekod kesihatan kehamilan serta membuktikan bahawa keadaan perutnya benar-benar disebabkan kehamilan.

Wanita berkenaan juga didakwa terpaksa berdiri kira-kira 20 minit ketika insiden tersebut diselesaikan. –MYNEWSHUB

Tags: Lotus's
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasar Raya Lotus’s Alami Gangguan Bekalan

21/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Lotus's Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) mengalami gangguan rantaian bekalan susulan sebahagian pembekalnya berhadapan kesan bencana banjir....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd