• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi

oleh Mynewshub
13/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Negeri Sembilan: Kerjasama UMNO-PAS Sedang Diusahakan – Abdul Hadi
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – PAS bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada UMNO sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti berjaya dimuktamadkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos depan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, usaha ke arah kerjasama itu sedang giat dijalankan dan perbincangan antara kedua-dua parti berlangsung dalam suasana yang sangat positif.

“Ya, kita sedang usaha kerjasama. (Hasil perbincangan) Sangat positif. Kita terima hakikat Negeri Sembilan UMNO dominasi. Dia pimpin (jadi Menteri Besar),” katanya pada sidang media malam ini.

Menurut beliau, antara perkara lain yang dalam perbincangan setakat ini adalah UMNO mengekalkan 14 kerusi yang disandang, manakala PAS mengekalkan tiga kerusi sedia ada.

Katanya, dua kerusi yang sebelum ini dimiliki BERSATU akan dibincangkan sama ada ditandingi oleh PAS atau UMNO berdasarkan kesesuaian.

Tambah beliau, manakala 17 kerusi yang kini dikuasai Pakatan Harapan akan diagihkan antara parti-parti yang bekerjasama termasuk UMNO, PAS, MCA, MIC dan GERAKAN mengikut kewajaran.

Abdul Hadi turut menjelaskan PAS masih belum memutuskan sama ada akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional atau logo PAS.

“Keputusan muktamad akan diumumkan sebelum hari penamaan calon,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: kerjasamaPASPresiden PASPRN Negeri SembilanTan Sri Abdul Hadi AwangUMNO
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

Tatakelola, Reformasi Cuma Sedap Disebut – Abdul Hadi

Tatakelola, Reformasi Cuma Sedap Disebut – Abdul Hadi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan slogan tatakelola dan reformasi yang sering dilaungkan kerajaan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd