BANGSA Johor bukan sekadar slogan. Ia identiti yang menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri itu selama ini.
Johor kekal aman, stabil dan saling menghormati ketika negeri lain berkali-kali bergelut dengan polemik kaum dan agama.
Dan kestabilan itu bukan berlaku secara kebetulan kerana setiap kaum di Johor diberi ruang dan layanan yang adil.
Kedudukan Bumiputera dan Islam terus dipelihara tanpa pernah menafikan hak kaum dan penganut agama lain.
Formula inilah yang membentuk kekuatan Johor berpaksikan sebuah kerajaan negeri yang dominan selama ini.
Pernah tersilap satu kali akibat ‘experiment 2018’, tetapi Bangsa Johor cepat memperbaiki hasil ‘recovery 2022’
Bukti Bangsa Johor lebih mengutamakan kestabilan daripada anasir politik luar yang ber-DNA kontroversi.
Sebab itu, Bangsa Johor tidak perlu mengulangi eksperimen politik PRU-14 gara-gara terpedaya ‘semua salah Najib’
Perpecahan undi bakal meranapkan. Jangan gadaikan sesuatu yang sudah terbukti kerana mahu mencuba janji bulan bintang sekali lagi.
Sejarah membuktikan kerajaan yang stabil dan dominan sentiasa lebih mudah membuat keputusan dan merancang masa depan.
Terlalu ramai “kapten” mengemudi kapal, haluan jadi bercelaru, keputusan berubah-ubah dan akhirnya rakyat menanggung kerugian.
Johor kini sedang menikmati kebajikan, kemasukan pelaburan, peluang pekerjaan serta pembangunan yang pesat.
Apa yang diperlukan adalah kesinambungan, bukannya persengketaan akibat pertukaran hala tuju setiap kali berlaku perubahan politik.
Sejarah PRU-14 juga membuktikan ada projek rakyat dibatalkan, ditangguhkan atau dirombak hanya kerana mahu menamatkan legasi politik.
Yang rugi bukan ahli politik, tetapi rakyat Johor yang kehilangan peluang ekonomi dan pembangunan. – MYNEWSHUB


