KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh melahirkan rasa syukur kerana laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) telah disiarkan kepada umum.
Beliau bagaimanapun mempersoalkan mengapa tiada unsur “sakau’ seperti yang digembar-gemburkan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dalam laporan RCI tersebut.
“Alhamdulilah laporan RCI dah dikeluarkan
Jadi siapa orang politik UMNO yang terlibat dan dikatakan ‘sakau’?
“Yang ada adalah tindakan dalaman kepada pegawai TH akibat pengurusan yang lemah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Muhamad Akmal berkata, persoalan yang timbul adakah kerugian yang dibangkitkan akibat rasuah atau kegagalan tadbir urus oleh pegawai yang mentadbir.
“Adakah pemberian dividen yang tinggi kepada penyimpan dan subsidi yang tinggi kepada jemaah haji dianggap sakau?,” katanya. – MYNEWSHUB


