• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap

oleh Mynewshub
12/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang dari Tokyo, Jepun dan sedang sibuk menguruskan negara bagi memastikan ekonomi kukuh dan berdaya tahan.

Setiausaha politik kepada Perdana Menteri yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Kamil Munim berkata, pihak lain pula sedang sibuk dengan percaturan politik tebuk kapal dan tebuk atap.

“Orang lain yang rakus mencatur, bermain politik, mewujudkan ketidakstabilan, tikam menikam, langkah Dubai, langkah Bangkok, langkah sumbang, akhirnya Anwar juga yang dipersalahkan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau mengulas laporan berita yang mendakwa perceraian antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akibat permainan Anwar.

Mohd Kamil berkata, krisis pembangkang berpunca dari kelemahan kepimpinan Perikatan Nasional (PN), maka tidak perlu mengaitkan dengan orang lain yang tiada kena mengena.

“PN dan Muafakat Nasional (MN) ternyata kedua-duanya adalah pakatan politik yang gagal. Tak ada pelan ekonomi yang jelas, tak ada agenda pembangunan yang kukuh. Hanya menunggang seputar isu kaum dan agama yang sempit,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Kamil Munim

Tags: AMKDatuk Seri Anwar IbrahimKetua Angkatan Muda KeadilanMohd Kamil MunimPerdana Menteriperikatan nasionalPNSibuk bekerjaTebuk atapTebuk Kapal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PN Bukan Milik Mana-Mana Parti, PAS Antara Pengasas – Ahmad Samsuri

PN Bukan Milik Mana-Mana Parti, PAS Antara Pengasas – Ahmad Samsuri

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan PN bukan milik mana-mana parti...

J-KOM Saf Hadapan Pertahan PMX, Kerajaan Madani – Syam Ghaz

J-KOM Saf Hadapan Pertahan PMX, Kerajaan Madani – Syam Ghaz

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) perlu menjadi barisan hadapan mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd