• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda DAP Minta Zahid Kawal Akmal, Dakwa Samseng Politik

oleh Mynewshub
13/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemuda DAP Minta Zahid Kawal Akmal, Dakwa Samseng Politik
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya mengawal Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Ketua Dapsy Kebangsaan, Woo Kah Leong berkata, Ahmad Zahid perlu mengawal Ketua Pemuda UMNO yang beliau dakwa terus bertindak seperti samseng politik.

“Daripada menegur Dapsy, lebih baik Zahid mengawal timbalannya yang menebuk atap dan Ketua Pemuda UMNO yang terus bertindak seperti samseng politik.

“Jangan mengalihkan perhatian tentang usaha untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang yang mengkhianati mandat rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan sinis Ahmad Zahid terhadap beliau “biarlah yang ada dalam hati itu harimau, yang keluar hanya kambing”

Ia berikutan kenyataan Kah Leong menuduh UMNO hipokrit dan angkuh susulan pendirian UMNO Johor bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa kerjasama dengan DAP.

“Sesungguhnya Zahid tidak ada kedudukan moral untuk berbicara tentang perihal menghormati rakan kerjasama politik lantaran tindakan beberapa pimpinan UMNO yang berulang kali mencabuli semangat Kerajaan Perpaduan,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Woo Kah Leong

 

Tags: DAPSYDatuk Dr Muhamad Akmal SalehDatuk Seri Ahmad Zahid HamidikawalKetua Pemuda UMNOPemuda Sosialis DAPPresiden UMNOSamseng PolitikWoo Kah Leong
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Ketua Pemuda UMNO Ingatkan PMX Korporat Mafia Pun ‘Sakau’

Ketua Pemuda UMNO Ingatkan PMX Korporat Mafia Pun ‘Sakau’

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan tentang isu korporat mafia yang juga sepatutnya dilabelkan 'sakau' Ketua...

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membangkitkan mengenai jumlah hutang semasa negara sebanyak RM1.341 trilion....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd