• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tersenarai Dalam Dakwaan 51 Negara Membekal Barangan Ketenteraan Kepada Israel Sepanjang Perang Gaza

oleh Mynewshub
03/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Tersenarai Dalam Dakwaan 51 Negara Membekal Barangan Ketenteraan Kepada Israel Sepanjang Perang Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

KUALA LUMPUR – Satu siasatan yang diterbitkan oleh Al Jazeera mendakwa sekurang-kurangnya 51 negara dan wilayah menyalurkan barangan berkaitan ketenteraan kepada Israel sepanjang tempoh perang di Gaza antara Oktober 2023 hingga Oktober 2025.

Dalam laporan itu, Malaysia turut disenaraikan dalam kategori negara yang didakwa menyumbang nilai import ketenteraan yang kecil iaitu kurang daripada AS$450,000 berdasarkan rekod yang dianalisis.

Bagaimanapun, laporan tersebut menegaskan bahawa angka berkenaan bukan bermaksud eksport senjata secara langsung atau bantuan ketenteraan rasmi kerajaan, sebaliknya merujuk kepada “military-related goods” (barangan berkaitan ketenteraan) yang direkodkan masuk ke Israel melalui data import pihak berkuasa cukai Israel.

Ia boleh merangkumi pelbagai kategori seperti komponen, alat ganti, aksesori industri pertahanan dan barangan berkaitan yang diklasifikasikan dalam kategori import ketenteraan.

Menurut analisis itu, nilai keseluruhan import berkaitan ketenteraan yang direkodkan mencecah sekitar AS$885 juta, dengan Amerika Syarikat menyumbang kira-kira 42 peratus daripada jumlah tersebut, diikuti India, Romania, Taiwan dan Republik Czech.

Siasatan itu menggunakan gabungan data import Pihak Berkuasa Cukai Israel (Israeli Tax Authority), rekod kastam serta permintaan kebebasan maklumat (FOI) untuk menjejaki aliran barangan yang diklasifikasikan sebagai berkaitan ketenteraan ke Israel.

Laporan berkenaan turut mencetuskan perdebatan kerana beberapa negara yang sebelum ini mengumumkan sekatan atau pendirian kritikal terhadap operasi ketenteraan Israel juga didakwa masih mempunyai barangan berkaitan ketenteraan yang direkodkan memasuki negara itu dalam tempoh sama. – MYNEWSHUB

Share549Tweet343SendShare

Related Posts

MB Negeri Sembilan Teruskan Tugas, Pengerusikan Mesyuarat BOD NS Corporation

MB Negeri Sembilan Teruskan Tugas, Pengerusikan Mesyuarat BOD NS Corporation

25/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim meneruskan tugas pentadbiran negeri apabila mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) NS...

Najib Belum Terima Surat Rasmi Pengampunan Bersyarat

Najib Belum Terima Surat Rasmi Pengampunan Bersyarat

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak masih belum menerima surat rasmi berhubung pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd