• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bouncer’ Kelab Malam, Isteri Didakwa Aniaya Anak 3 Tahun Hingga Cedera

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Bouncer’ Kelab Malam, Isteri Didakwa Aniaya Anak 3 Tahun Hingga Cedera
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, bulan lepas.

Pengawal kelab malam atau ‘bouncer’ Hamzi Amni Zamali, 40, dan suri rumah, Nurazwani Ahmad Rosli, 29, didakwa bersama-sama sebagai orang memelihara kanak-kanak itu menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah unit rumah pangsa kos rendah di Bandar Tasik Selatan di sini pada 23 Mei 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ravindejit Kaur tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh atas faktor keseriusan kes yang melibatkan kanak-kanak, iaitu anak kandung kepada Nurazwani.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, Ravindejit mencadangkan jumlah RM30,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan melapor diri dua kali sebulan di balai polis berdekatan.

“Untuk maklumat mahkamah tertuduh pertama (Hamzi Amni) mempunyai banyak rekod lampau termasuk rogol, samun dan rompak. Oleh itu, pihak pendakwaan memohon agar mangsa dalam kes ini tidak tinggal serumah dengan kedua-dua tertuduh,” katanya.

Hamzi Amni yang juga bapa tiri mangsa dan Nurazwani yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah jaminan terhadap mereka dikurangkan dengan alasan pasangan itu perlu menanggung keluarga di kampung.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melapor diri dua kali sebulan di balai polis berdekatan serta dilarang mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – Bernama

Kredit ➡️ BERNAMA

Tags: budaya dera
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd