• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

oleh Mynewshub
12/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan kemasukan seramai 21,858 ahli baharu serta bekas ahli yang kembali menyertai parti itu dalam tempoh kurang dua bulan sejak pendaftaran secara dalam talian dibuka pada 20 April lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, angka tersebut direkodkan sehingga Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 10 Jun 2026.

Menurut beliau, jumlah itu merangkumi pendaftaran ahli baharu serta kemasukan semula bekas pimpinan dan ahli UMNO, termasuk beberapa pimpinan dan ahli daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di seluruh negara.

“Sejak secara rasmi pendaftaran secara atas talian dibuka pada 20 April 2026 sehingga Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 10 Jun 2026, dalam tempoh tidak sampai dua bulan, pendaftaran ahli baharu dan kemasukan kembali bekas-bekas pimpinan dan ahli-ahli parti UMNO termasuk pimpinan parti Bersatu seluruh Malaysia berjumlah 21,858,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyifatkan UMNO sebagai “Rumah Bangsa” yang telah banyak berjasa dalam mencorakkan serta memartabatkan agama, bangsa dan tanah air sepanjang lapan dekad perjuangannya.

“Moga Allah berkati dan rahmati Rumah Bangsa ini yang banyak jasanya dalam mencorakkan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air sepanjang lapan dekad di persada perjuangan,” katanya.

Kenyataan itu turut disertakan dengan slogan “Bangkit Kembali”, “UMNO Dulu, Kini dan Selamanya” serta sempena sambutan 80 tahun penubuhan UMNO. – MYNEWSHUB

 

Tags: Ahli BahruBekas Ahlidalam talianDatuk Dr Asyraf Wajdi DusukiKemasukanpendaftaranRumah BangsaSetiausaha Agung UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia Bantah Kemasukan Jururawat Indonesia

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Jururawat Lelaki Malaysia (MMN) membantah cadangan membawa masuk jururawat dari Indonesia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd