• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80 UMNO hari ini.

Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, HRH Crown Prince of Johor memaklumkan, turut hadir sesi fotografi tersebut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Memperingati UMNO Yang ke-80 Tahun di Istana Besar, Johor Bahru pada hari ini, 11 Mei 2026”

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran di media sosial berkata, sesi fotografi itu diadakan bagi mengenang sejarah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946.

Menurut beliau, UMNO ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, hasil Kongres Melayu Ketiga yang dipimpin Datuk Onn Jaafar.

“Penubuhan parti itu menjadi salah sebuah lembaran utama dalam perjuangan nasionalisme negara.

“Sehingga mencetuskan pergerakan menentang Malayan Union dan kemudian ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, UMNO terus berdiri atas asas yang sama mempertahankan agama, bangsa dan tanah air dan institusi raja.

Menurutnya, tanggungjawab UMNO hari ini untuk memastikan roh perjuangan parti itu terus hidup menjadi nadi perjuangan, suara pembelaan dan harapan bangsa.

“UMNO mesti terus menjadi parti yang berprinsip. Tegas apabila maruah bangsa dicabar. Setia apabila institusi raja perlu dipertahankan. Rendah hati apabila rakyat menuntut pembelaan.

“Ia adalah tanggungjawab yang sentiasa bersambung selagi mana agama mesti dipelihara, bangsa mesti dibela dan tanah air mesti dijaga serapinya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial HRH Crown Prince of Johor/Onn Hafiz Ghazi/Akmal Saleh

Tags: johor bahruSambutan Ulang Tahun Ke-80 UMNOsesi fotografiSultan IbrahimTangga Selat Istana BesarYang di-Pertuan Agong
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

Yang di-Pertuan Agong Santap Lontong Di RNR Panti, Belanja Sarapan Semua Pengunjung

05/11/2026
0

KOTA TINGGI - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi di Hentian Rehat dan Rawat (RNR)...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd