KUALA LUMPUR – DAP meramalkan tiada mana-mana parti akan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan walaupun dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16)
Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, keadaan itu sekiranya PRU-16 menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)
“Jika PRU akan datang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan PN, kita mungkin sekali lagi akan melihat tiada satu gabungan pun memperoleh majoriti mudah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Tumpuan ramai pemerhati politik ketika ini adalah mengenai kemungkinan PH dan BN akan bekerjasama dalam PRU-16, namun situasi itu masih lagi samar-samar.
Sebilangan pimpinan UMNO membayangkan kerjasama tersebut berlaku, tetapi penolakan
di peringkat akar umbi terhadap idea berkenaan jelas kelihatan.
PRU-16 perlu diadakan selewat-lewatnya lima tahun selepas sidang pertama Parlimen ke-15, yang berlangsung pada 19 Disember 2022.
Ini bermakna tempoh maksimum Parlimen dijangka tamat sekitar Disember 2027, dan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen mengikut Perlembagaan Persekutuan. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Liew Chin Tong


