• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Maut Dirempuh Pemandu Disyaki Mabuk Di Jalan Ampang

oleh Mohd Arshad
03/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Suami Isteri Maut Dirempuh Pemandu Disyaki Mabuk Di Jalan Ampang
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Jalan Ampang berhampiran Menara Great Eastern, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.34 pagi melibatkan motosikal Honda Wave Alpha dan sebuah Toyota Vios.

Mangsa, lelaki berusia 61 tahun dan isterinya berusia 56 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun itu hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang motosikal dinaiki pasangan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pemandu dan seorang penumpang hadapan berusia 23 tahun mengalami kecederaan di kepala dan sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur.

Seorang lagi penumpang berusia 24 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan pulang.

Menurut beliau, pemandu terbabit disyaki berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Sampel darah dan air kencing telah diambil untuk analisis lanjut oleh Jabatan Kimia, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee.-MYNEWSHUB

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siapa Tidak Setuju ‘Rain Rave’ Boleh Pilih Tinggal Di Rumah, Tidak Perlu Hadir – Menteri KPKT

Siapa Tidak Setuju ‘Rain Rave’ Boleh Pilih Tinggal Di Rumah, Tidak Perlu Hadir – Menteri KPKT

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Anda boleh memilih cara hidup anda, tetapi jangan menilai orang lain seolah-olah anda lebih suci daripada mereka....

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd