• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persembahan 50 Cent di Stadium Sultan Ibrahim Angkat Jenama JDT, Johor Ke Pentas Dunia

oleh Mynewshub
31/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Persembahan 50 Cent di Stadium Sultan Ibrahim Angkat Jenama JDT, Johor Ke Pentas Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

PERSEMBAHAN 50 Cent pada sambutan kejuaraan Liga Super ke-12 JDT di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi ada manfaat pasaran.

Kemunculan penyanyi dengan nama besar dalam sejarah muzik rap dunia itu memberi nilai tambah yang besar kepada jenama JDT di pentas antarabangsa.

Bagi generasi yang membesar pada era 2000-an seperti saya, 50 Cent bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan.

50 Cent merupakan antara figura paling dominan dalam muzik hip-hop ketika zaman kegemilangannya.

Kegemilangan 50 Cent bermula selepas beliau ditemui oleh Eminem dan Dr. Dre, dua individu paling berpengaruh dalam sejarah muzik rap moden.

Dengan sokongan kedua-dua legenda tersebut, album sulungnya, Get Rich or Die Tryin’, mencetuskan fenomena luar biasa.

Lagu-lagu seperti In da Club, 21 Questions dan P.I.M.P. bukan sahaja mendominasi carta muzik dunia, malah menjadi sebahagian daripada budaya popular global ketika itu.

Pada kemuncak kariernya, 50 Cent antara artis paling banyak menjual album, paling banyak lagu dimainkan di radio dan paling dikenali dalam industri hiburan antarabangsa.

Justeru, apabila figura bertaraf global sepertinya membuat persembahan dalam sambutan kejuaraan JDT, impaknya jauh melangkaui kegembiraan penonton.

Dalam dunia sukan moden, sesebuah kelab tidak lagi hanya dinilai berdasarkan kejayaan di atas padang.

Sebaliknya turut diukur menerusi kekuatan jenama, lensa media, pengaruh global dan keupayaan menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Dalam masa sama, perhatian diberikan dunia kepada 50 Cent turut membuka ruang kepada promosi Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Apa yang dilakukan JDT malam tadi memperlihatkan bagaimana sukan boleh dijadikan platform strategik.

Platform untuk memperkenalkan negeri dan negara kepada khalayak dunia melalui sinergi bola sepak dan industri hiburan.

Dalam konteks tersebut, kehadiran 50 Cent bukan sekadar melengkapkan sambutan kejuaraan Liga Super ke-12 JDT.

Sebaliknya bagaimana kelab itu terus meletakkan nama JDT dan Johor di peta dunia melalui pendekatan yang kreatif, berani dan berimpak tinggi. – MYNEWSHUB

 

Tags: 50 CentJohor Darul Ta’zim (JDT)manfaatpemasaranpersembahansambutan kejuaraan Liga Super ke-12 JDTstadium sultan ibrahim
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

“Saya Menolak Persepsi PH Tidak Bawa Manfaat Kepada Rakyat”

“Saya Menolak Persepsi PH Tidak Bawa Manfaat Kepada Rakyat”

06/07/2026
0

TANGKAK - Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow menolak persepsi bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak membawa sebarang manfaat kepada...

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd