• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

oleh Mynewshub
07/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak dan terperosok ke dalam longkang di Jalan Temerloh-Mentakab, selepas Petronas Mentakab, petang kelmarin.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/05/VID_20260507_132034_980.mp4

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan apabila sebatang besi tertusuk pada bahagian bahunya.

Pasukan Komunikasi Paramedik Pahang memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang sebelum sebuah unit Motorlance FR03 digerakkan ke lokasi tiga minit kemudian.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/05/1778131221884.mp4

Menurut laporan, pasukan tiba di lokasi pada jam 4.52 petang dan mendapati mangsa masih berada di dalam longkang dalam keadaan cedera, manakala anggota bomba sedang menjalankan operasi menyelamat.

“Bantuan rawatan awal diberikan di lokasi sebelum mangsa dibawa ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 5.38 petang.

Antara agensi yang terlibat dalam operasi itu ialah Pasukan Komunikasi Paramedik menerusi unit Motorlance, Balai Polis Mentakab, ambulans KKM serta Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab.

Dalam masa sama, pihak pasukan paramedik turut menzahirkan penghargaan kepada pengguna jalan raya yang memberi laluan bagi memudahkan pasukan kecemasan tiba segera ke lokasi kejadian.

Kes kemalangan itu kini dipercayai masih dalam siasatan pihak berkuasa.-MYNEWSHUB

Tags: kemalangan
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd