JOHIR BAHRU – Majlis Berandam Surai buat
Tunku Khadeeja Khayra Iskandariah Tunku Ismail selamat dilangsungkan hari ini.
Majlis Berandam Surai anakanda Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam itu diadakan di Istana Bukit Serene, dekat sini.
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Istiadat Berandam Surai merupakan adat diraja Melayu yang diadakan selepas kelahiran putera atau puteri diraja.
Istiadat tersebut dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran cahaya mata berkenaan. – MYNEWSHUB
