• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Daulat Tuanku Sabtu Ini Bukan Medan Kebencian, Simbol Solidariti Rakyat Terhadap Sultan – Mohamed Shukri

oleh Mynewshub
14/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Himpunan Daulat Tuanku Sabtu Ini Bukan Medan Kebencian, Simbol Solidariti Rakyat Terhadap Sultan – Mohamed Shukri
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Shukri Omar mengajak orang ramai menyertai Himpunan Daulat Tuanku yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini sebagai tanda kesetiaan kepada sultan serta mempertahankan keharmonian negeri.

Menurut beliau, himpunan tersebut akan dimulakan dengan solat Asar berjemaah di Masjid Negeri sebelum peserta berarak secara aman ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

“Himpunan ini bukan medan kebencian. Ini adalah simbol kesetiaan kepada Sultan Selangor, mempertahankan keharmonian negeri serta menzahirkan suara rakyat yang mahu undang-undang dan titah dihormati,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Himpunan Daulat Tuanku dijadual berlangsung pada 16 Mei 2026 bermula pukul 4 petang hingga 6.30 petang di SUK Selangor di sinis.

Mohamed Shukri berkata, apabila rakyat mula mempersoalkan ketegasan terhadap perkara melibatkan agama, kedaulatan institusi dan masa depan negeri, maka rakyat wajib bangkit secara aman, tertib dan berprinsip.

Semalam, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mewakili Sekretariat Himpunan Daulat Tuanku dan Gabungan NGO Selangor, Mohd Zai Mustafa memaklumkan, kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili lebih 300 NGO seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menyatakan komitmen untuk menyertai himpunan berkenaan.

Menurut beliau, himpunan itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, bangsa atau latar belakang.

“Himpunan ini rentas parti dan rentas kaum kerana ini soal solidariti rakyat untuk menjunjung taat setia kepada titah Sultan Selangor.

Mohd Zai turut memaklumkan bahawa Sultan Selangor sebelum ini telah menegaskan pendirian baginda berkaitan isu penternakan babi di negeri itu demi kepentingan rakyat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamed Shukri Omar

 

Tags: Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) SelangorberarakHimpunan Daulat TuankuMasjid NegeriSabtusolat Asar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ritual Ayam Belanda Berarak Keliling Bangkai Kucing

05/03/2017
0

VIDEO sekumpulan ayam belanda mengelilingi bangkai seekor kucing tular menerusi laman mikro Twitter. Kejadian aneh itu berlaku di Randolph, Massachusetts,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd