• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

oleh Mynewshub
09/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) membantah sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 11 Mei ini.

Pengerusinya, Firdaus Wong Wai Hung berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha Kementerian Perpaduan Negara memupuk keharmonian nasional, namun sesi libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO) itu perlu dikaji semula.

Menurut beliau, Garah berpandangan penubuhan SKN membelakangi serta tidak mengutamakan titah Raja-Raja Melayu berhubung isu binaan rumah ibadat tidak sah sebelum ini.

Beliau turut mempertikaikan komposisi jemputan sesi libat urus yang didakwa tidak mencerminkan jumlah sebenar penganut agama di negara ini apabila wakil penganut Islam minoriti daripada keseluruhan jemputan.

“Sekretariat Garah juga mempertikaikan jemputan yang dibuat tidak melibatkan pemegang taruh institusi agama Islam seperti institusi mufti, masjid dan surau sedangkan jemputan dibuat melibatkan rumah anutan bukan Islam seperti gereja, tokong dan kuil.

“Sekretariat Garah menuntut agar sesi libat urus ini dikaji semula dan menegaskan bahawa sebarang usaha memupuk keharmonian nasional mestilah berpaksikan kedaulatan undang-undang serta menghormati titah Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Firdaus Wong berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pernah bertitah baginda kecewa dengan pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran yang dilihat melanggar undang-undang dan menjejaskan keharmonian.

Kata beliau, Yang Dipertuan Agong, Sultan
Ibrahim pula menitahkan agar sebarang binaan rumah ibadat yang tidak sah diambil tindakan penguatkuasaan bagi mengekalkan keharmonian.

Tambah beliau, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan di atas
tanah kerajaan atau tanah persendirian adalah satu pencerobohan yang melanggar
undang-undang dan tidak boleh dikompromi.

“Titah-titah Raja-Raja Melayu di atas menunjukkan ketegangan dan perpecahan keharmonian dalam negara kita adalah disebabkan oleh pelanggaran undang-undang, selaras dengan perjuangan yang selama ini menjadi keutamaan Garah. – MYNEWSHUB

Tags: bantahanFirdaus Wong Wai HungGarahSekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan HaramSesi Libat UrusSKNSuruhanjaya Keharmonian Nasional
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis menyarankan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd