• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tidak Pernah Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Johor – “Insya-Allah, Rakyat Johor Pilih BN”

oleh Mynewshub
23/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BN Tidak Pernah Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Johor – “Insya-Allah, Rakyat Johor Pilih BN”
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Exco Kerajaan Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menegaskan Barisan Nasional (BN) Johor bukan sebuah kerajaan yang mengkhianati mana-mana pihak seperti didakwa sesetengah pihak.

Menurut beliau, tuduhan melabel BN Johor sebagai “pengkhianat” disifatkan tidak berasas kerana kerajaan negeri yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 mendapat mandat jelas daripada rakyat dengan majoriti lebih dua pertiga.

Katanya, ketika BN membentuk kerajaan negeri pada Mac 2022, tiada sebarang perjanjian diwujudkan bersama parti-parti lain untuk menubuhkan kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan. Malah, istilah “kerajaan perpaduan” hanya muncul selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun sama.

“Tidak timbul BN Johor mengkhianati mana-mana parti dalam pembentukan kerajaan kerana kerajaan BN Johor didirikan atas mandat jelas rakyat,” katanya menerusi satu
hantaran di media sosial.

Mohamad Fazli turut menjelaskan bahawa pengkhianatan sebenar ialah apabila sesebuah pihak berbohong demi meraih sokongan rakyat, memungkiri janji atau mensia-siakan mandat yang diberikan pengundi.

Beliau berkata, BN Johor kekal komited melaksanakan manifesto pilihan raya dan meneruskan pelbagai inisiatif pro-rakyat demi memastikan pembangunan negeri dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.

Dalam masa sama, beliau menegaskan rakyat Johor kini semakin matang dalam menilai antara politik sentimen dan politik khidmat, selain berharap BN Johor terus diberikan mandat lebih kukuh pada PRN akan datang bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan.

“Insya-Allah, rakyat Johor akan terus memilih BN,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fazli Salleh

 

Tags: Exco Kerajaan JohorMandat RakyatMohamad Fazli Mohamad SallehPRNTiada Kerajaan Perpaduan
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

BN Wajar Pertahan 21 Kerusi DUN Melaka Berdasarkan Mandat Rakyat – Azrul

07/08/2026
0

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd