• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bercakap Soal Rakyat, Tapi Bila pilih Pemimpin ‘Kaki Sakau’ – PMX Anwar

oleh Mynewshub
15/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bercakap Soal Rakyat, Tapi Bila pilih Pemimpin ‘Kaki Sakau’ – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru golongan belia supaya tidak memilih pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk menerajui negara.

Menurut beliau, pemimpin yang baik ialah mereka yang amanah, tidak korup serta tidak mencuri wang rakyat dan merampas hak orang lain.

“Kalau tanya saya apa erti kerajaan, pemimpin yang amanah, tidak korup, tidak curi wang, tidak ambil tanah.

“Ini kadang-kadang kita ini bercakap soal perjuangan, bela nasib rakyat, tapi bila pilih pemimpin, kaki sakau. Mana boleh begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 di Sendayan, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Saya salut kepada Aminuddin kerana kecekalan dan semangat yang beliau tunjukkan dalam mengharungi kemelut politik yang tidak berkesudahan.

“Negara kita berdepan pelbagai masalah dan fokus utama sekarang ialah menyelesaikan masalah rakyat, bukannya perebutan kuasa politik,” katanya.

Tambah beliau, pilihan raya mempunyai masanya yang tersendiri untuk parti dan pemimpin bertanding merebut kuasa, namun ketika ini perhatian penuh perlu diberikan kepada kebajikan rakyat.

“Ada masa untuk pilihan raya, itu gelanggangnya. Tetapi sekarang masa untuk kita bangunkan negara dan beri perhatian kepada rakyat,” ujarnya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimHari Belia NegaraHBN 2026Kaki SakauPerdana MenteriPilih Pemimpin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd