• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7,057 Individu Hilang Pekerjaan Bulan April – Menteri Ekonomi

oleh Mynewshub
25/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
7,057 Individu Hilang Pekerjaan Bulan April – Menteri Ekonomi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Seramai 7,057 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan pada April lalu,” kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Menurut beliau, jumlah itu meningkat 21 peratus berbanding 5,855 orang pada bulan Mac.

Bagaimanapun, katanya, angka itu lebih rendah berbanding awal tahun iaitu Januari seramai 10,658 orang dan Februari 2026 seramai 7,512 orang.

Kata beliau, kerajaan akan memastikan Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berfungsi dengan pantas untuk membantu mereka.

“Walaupun angka ini lebih rendah berbanding awal tahun, perkembangan ini perlu diberi perhatian.

“Setiap satu angka itu adalah satu keluarga yang hilang punca pendapatan,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, purata harga minyak mentah Brent bagi tempoh 18 hingga 22 Mei 2026 kini mencecah AS$111.67 setong.

Menurutnya, ia merupakan peningkatan sebanyak 1.7 peratus daripada AS$109.85 berbanding minggu sebelumnya.

“Harga minyak Brent yang kekal tinggi melebihi paras AS$100 setong telah meningkatkan kos pengangkutan dan harga barang.

“Ini mencerminkan pasaran tenaga global yang masih tidak menentu akibat risiko geopolitik,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 7057 Hilang PekerjaanAkmal Nasrullah Mohd NasirAprilMenteri Ekonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inflasi Meningkat Kepada 1.7 Peratus, Harga Purata Ayam Standard RM9.33 Sekilogram

Inflasi Meningkat Kepada 1.7 Peratus, Harga Purata Ayam Standard RM9.33 Sekilogram

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laporan Indeks Harga Pengguna bagi Mac 2026 menunjukkan inflasi meningkat kepada 1.7 peratus berbanding 1.4 peratus pada...

Impak Global Boleh Ambil Masa 18 Bulan Untuk Kembali Stabil – Menteri Ekonomi

Impak Global Boleh Ambil Masa 18 Bulan Untuk Kembali Stabil – Menteri Ekonomi

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR — Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan bahawa dunia kini berdepan krisis bekalan global yang tidak lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd