• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbukti ADUN Seri Kembangan Berwawasan Dan Berjiwa Rakyat – Teresa Kok

oleh Mynewshub
24/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Terbukti ADUN Seri Kembangan Berwawasan Dan Berjiwa Rakyat – Teresa Kok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekiranya mahu mengurangkan kebergantungan kepada import makanan, Malaysia wajib mewujudkan sistem penternakan dan pertanian moden yang mesra alam demi menjamin sekuriti makanan negara.

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok berkata demikian bagi mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung pelaksanaan sistem penternakan babi secara tertutup dan moden di Selangor.

“Saranan YB Wong Siew Ki di DUN Selangor membuktikan beliau adalah seorang wakil rakyat yang berwawasan dan berjiwa rakyat kerana berani mengutarakan solusi praktikal bagi masalah yang sekian lama berlarutan,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Teresa mendakwa Pesuruhjaya PAS Selangor pernah menyatakan parti itu tidak menentang aktiviti penternakan babi di Selangor mahupun melarang bukan Islam makan daging babi.

Katanya, syarat utama yang ditekankan adalah jaminan kebersihan alam sekitar sepenuhnya bagi mengelakkan pencemaran, serta penempatan di lokasi bersesuaian.

“Untuk rekod sistem penternakan haiwan secara tertutup dan moden telah lama diamalkan di peringkat global termasuk oleh syarikat-syarikat di negara jiran,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Teresa Kok

Tags: ADUN Seri KembanganAhli Parlimen SeputehBerjiwa RakyatBerwawasanPenternakan babiSistem ModenTeresa KokWong Siew Ki
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd