Oleh Mynewshub
WASHINGTON – Gelombang kritikan terhadap Presiden Amerika Syarikat kembali memuncak apabila pelbagai tindakan dan kenyataan beliau dijadikan bahan sindiran oleh netizen di seluruh dunia.
Di media sosial, satu naratif tular memaparkan beberapa “cubaan besar” yang didakwa dilakukan oleh pemimpin itu — namun semuanya berakhir dengan kegagalan.
Antara yang menjadi perhatian termasuk dakwaan cubaan untuk menjatuhkan Iran, yang sehingga kini masih berdiri teguh walaupun berdepan tekanan geopolitik dan ketenteraan berpanjangan.
Selain itu, isu cadangan mengambil alih Greenland sebelum ini juga kembali dipetik, yang mana ia mendapat tentangan keras daripada Denmark serta Kesatuan Eropah.
Tidak terhenti di situ, tindakan berkaitan Selat Hormuz — laluan strategik minyak dunia — turut dijadikan bahan kritikan.
Ada yang mendakwa beliau cuba “membuka” dan kemudian “menyekat” laluan tersebut, namun situasi di rantau itu kekal kompleks tanpa hasil jelas seperti yang digembar-gemburkan.
Lebih mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa cuba “memberi syarahan” kepada Pope, selain dikritik kerana imej dan kenyataan tertentu yang dianggap keterlaluan, termasuk cuba menggambarkan dirinya sebagai figura keagamaan.
Susulan itu, ramai netizen melabelkan beliau sebagai “Presiden Amerika paling gagal”, dengan pelbagai meme dan hantaran sindiran membanjiri platform seperti X dan TikTok. — MYNEWSHUB
Trump adalah;
Seorang lelaki cuba menjatuhkan Iran 🇮🇷
— GAGAL 🔥
Seorang lelaki cuba mengambil Greenland daripada EU
— GAGAL 🔥
Seorang lelaki cuba membuka Selat Hormuz
— GAGAL 🔥
Seorang lelaki cuba menyekat Selat Hormuz
— GAGAL 😂😂
Seorang lelaki cuba mengajar Pope
— GAGAL 🤣
Seorang lelaki cuba menggambarkan dirinya sebagai Jesus
— GAGAL 😂🤣
PRESIDEN AMERIKA PALING GAGAL


