• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

oleh Mynewshub
02/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak berkenaan.

Peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md. Yusoff berkata, perkara itu jika diteruskan merupakan kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, perbuatan tersebut merupakan cubaan untuk membangkitkan kekecohan, rusuhan dan kegemparan awam.

“Yayasan Kubra merujuk perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 31 Mac 2026 yang telah mengenepikan membatalkan Perintah Majistret berkenaan Aduan Pecah Keamanan yang difailkan oleh penceroboh.

“Segala struktur rumah anutan haram/kuil haram telah runtuh sepenuhnya pada 25 Februari 2026. Malah tiada sebarang berhala berada di tapak tanah Yayasan Kubra setelah pihak penceroboh sendiri membawanya keluar,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Hariz berkata, Yayasan Kubra telah membuat laporan polis bagi mendapatkan kawalan keselamatan dan mengelakkan sebarang cubaan rusuhan jenayah oleh penceroboh.

Tegas beliau, perbuatan itu juga jelas tidak mahu menghormati Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Jika Perintah Mahkamah Tinggi juga tidak dihormati, Yayasan Kubra memohon perhatian dan tindakan segera pihak berkuasa dan kerajaan untuk menangkap dan menghumban penjenayah penceroboh yang jelas dan nyata ingin berterusan menceroboh tanah tuan tanah, Yayasan Kubra.

“Sekarang kita lihat bagaimana naratif 3R yang ingin ditiupkan oleh pihak penceroboh,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Muhammad Hariz

Tags: Muhammad Hariz Md. YusoffPeguampencerobohTanahUcapara anutanYayasan Kubra
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd