• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Langkah Awal Penyatuan, Tolak PH – Ahmad Fadhli

oleh Mynewshub
27/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Negeri Sembilan Langkah Awal Penyatuan, Tolak PH – Ahmad Fadhli
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan tahniah kepada UMNO Negeri Sembilan susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar negeri itu.

Beliau malah membayangkan langkah tersebut adalah permulaan ke arah penyatuan dalam kalangan parti-parti Melayu dan Bumiputera khususnya dalam usaha menolak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri.

“Tahniah UMNO Negeri Sembilan memulakan langkah penyatuan tolak PH,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Mynewshub melaporkan kesemua 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Perkembangan terbaharu ini dijangka membuka ruang kepada perubahan landskap politik di Negeri Sembilan, selain mencetuskan kemungkinan pembentukan jajaran baharu politik di negeri tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari

 

Tags: adunAhmad Fadhli ShaariBNKetua Penerangan PasmbNegeri SembilanPenyatuanPermulaantarik sokonganUMNO
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

11/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP tidak akan berpuas hati dengan keadaan semasa kerana perjuangan untuk pengiktirafan penuh Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

UMNO Berhak Tentukan Hala Tuju Parti, Tidak Terikat Dengan Kerajaan Perpaduan

UMNO Berhak Tentukan Hala Tuju Parti, Tidak Terikat Dengan Kerajaan Perpaduan

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan atas Titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 sehingga Pilihan Raya Umum akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd