• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0

oleh Mynewshub
03/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MB Selangor Amirudin Shari Ketuai Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Global Sumud Flotilla 2.0
Share on FacebookShare on Twitter

‍SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakili Malaysia mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.

Menurut Amirudin, beliau memohon doa seluruh rakyat Malaysia agar misi tersebut berjalan lancar dan semua yang terlibat dilindungi sepanjang pelaksanaan operasi berkenaan.

“Insya-Allah. Free Palestine,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Sementara itu, Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan Amirudin dilantik sebagai wakil khas Perdana Menteri bagi mengetuai Misi Bantuan Kecemasan Malaysia ke Gaza di bawah inisiatif Global Sumud Flotilla 2.0.

Menurut kenyataan itu, misi berkenaan akan membawa sebanyak 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin yang berdepan situasi semakin kritikal di Gaza.

Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu dijadual berlepas pada 5 April ini dengan beberapa agenda utama termasuk memastikan pelepasan kontena bantuan di Kaherah berjalan lancar, mengetuai sidang khas di Pintu Sempadan Rafah serta memantau pelepasan delegasi Sumud Nusantara di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Dalam pada itu, orang ramai turut diseru mendoakan agar misi yang disifatkan mencabar dan berisiko tinggi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna serta semua petugas berada dalam keadaan selamat.

“Dengan tugasan mencabar dan penuh risiko ini, dimohon seluruh warga Selangor dan Malaysia mendoakan agar misi Malaysia yang akan diketuai oleh Datuk Menteri Besar Selangor serta setiap petugas berjalan sempurnanya dan selamat.

“Selangor dan Malaysia akan terus menegaskan dan menegakkan keadilan bagi nasib warga Palestin yang masih dikepung dan dizalimi rejim Zionis Israel,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

 

Tags: bantuan kemanusiaanDatuk Seri Amirudin ShariGazaGlobal Sumud Flotilla 2.0.Ketua misiMenteri Besar Selangorwakil Malaysia
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

PRN Negeri Sembilan: Amirudin Dakwa Rekod Anthony Loke Di Peringkat Persekutuan Cemerlang

26/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook didakwa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan. Menteri Besar...

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

24/07/2026
0

SEREMBAN - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari yakin politik ‘penyatuan ummah’ yang sedang cuba digerakkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd