• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keberanian Membuat Keputusan Yang Sukar – PM Anwar

oleh Mynewshub
01/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Keberanian Membuat Keputusan Yang Sukar – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persekitaran global yang semakin mencabar menuntut keberanian membuat keputusan yang sukar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fasa baharu malah menuntut kesiapsiagaan dan kejelasan dasar.

“Dalam persekitaran global yang semakin mencabar, khususnya akibat krisis tenaga global, kita kini memasuki fasa baharu.

“Yang menuntut kesiapsiagaan, kejelasan dasar dan keberanian membuat keputusan yang sukar,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Anwar berkata, Malaysia berdepan cabaran global dengan asas kukuh yang didukung kestabilan politik serta kekuatan institusi.

Menurut beliau, kestabilan politik serta kekuatan institusi telah membolehkan Malaysia mengekalkan daya tahan ekonomi dan keyakinan pelabur.

“Realitinya kita kini berada dalam situasi yang memerlukan seluruh negara bersiap siaga dan keutamaan kerajaan memastikan rakyat dilindungi sebaik mungkin.

“Sementara langkah-langkah berhemat diambil untuk menjamin kestabilan ekonomi jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Dalam keadaan itu, kata beliau, pendekatan negara mesti berlandaskan fakta, disiplin dan rasa tanggungjawab bersama.

Tegas beliau, ia supaya setiap keputusan bukan sahaja tepat, tetapi adil dan berteraskan ihsan kepada rakyat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Cabaran globalDatuk Seri Anwar IbrahimKeberanianKeputusan sukarPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd