• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Saran Perbincangan Meja Bulat Disertai Wakil Penyokong Termasuk ‘Ultras’

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Saran Perbincangan Meja Bulat Disertai Wakil Penyokong Termasuk  ‘Ultras’
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalu-alukan cadangan beberapa pihak untuk mengadakan perbincangan meja bulat mengenai keadaan semasa Liga Malaysia.

JDT dalam satu hantaran menerusi laman Facebook rasminya, Johor Southern Tigers bagaimanapun berpandangan mesyuarat itu wajar disertai wakil penyokong termasuk ‘ultras’

“JDT amat mengalu-alukan cadangan untuk mengadakan perbincangan meja bulat yang telah mendapat sokongan daripada kebanyakan kelab Liga Malaysia

“JDT berpendapat bahawa wajar juga ada wakil daripada setiap kumpulan penyokong, termasuk ‘ultras’ serta kelab penyokong semua pasukan supaya mereka juga berpeluang mendengar sendiri idea-idea dan cadangan yang akan dibincangkan,” kata JDT.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon sebelum ini dilaporkan mencadangkan perbincangan perlu dilakukan khususnya mengenai keadaan kewangan majoriti pasukan serta struktur bola sepak tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia dalam satu kenyataan memaklumkan beliau tertarik dengan kenyataan tersebut dan ingin mengetahui apakah penyelesaian yang dimiliki oleh Dr Johan. – MYNEWSHUB

 

Tags: JDTJohor Darul Ta’zimKelab PenyokongMeja bulatperbincanganUltras'wakil
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Terima Dikenakan Levi 2.5 Peratus, Akui Terlepas Pandang Surat FIFA

JDT Terima Dikenakan Levi 2.5 Peratus, Akui Terlepas Pandang Surat FIFA

23/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima dikenakan levi sebanyak 2.5 peratus oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung arahan...

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd