• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Mengila …Lancar Lebih 100 Serangan Dalam 10 Minit Di Lubnan

Korban Mungkin Cecah Ribuan Orang

oleh Mynewshub
08/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Israel Mengila …Lancar Lebih 100 Serangan Dalam 10 Minit Di Lubnan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

BEIRUT – Tentera Israel dilaporkan melancarkan gelombang serangan udara skala terbesar ke atas beberapa kawasan di Lubnan pada Rabu, dalam operasi yang disifatkan antara paling intensif sejak konflik tercetus.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/DD_Geopolitics_20260408__2041866652539551920_4_20418665775541084190.mp4

Menurut laporan media antarabangsa, lebih 100 sasaran diserang dalam tempoh kira-kira 10 minit, melibatkan puluhan jet pejuang yang menjatuhkan ratusan bom ke atas lokasi di sekitar Beirut, Lembah Bekaa serta selatan Lebanon.

Serangan itu mencetuskan letupan kuat di beberapa kawasan padat penduduk, dengan kepulan asap tebal kelihatan menjulang tinggi di ruang udara bandar, sekali gus menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/DD_Geopolitics_20260408__2041866652539551920_2_20418665683601940530.mp4

Laporan awal menyebut jumlah korban mencecah puluhan orang, dengan angka sebenar masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Anggaran terkini ketika laporan ini ditulis Mynewshub, jumlah kematian sudah melebihi 300 orang.

Ratusan lagi dilaporkan cedera, manakala hospital di beberapa lokasi kini berdepan tekanan tinggi dan memerlukan bekalan darah segera.

Orang awam terpaksa membawa mangsa serangan ke hospital dengan menaiki motosikal berikutan kekurangan ambulan.

Tentera Israel dalam kenyataan berkata operasi tersebut menyasarkan kedudukan kumpulan bersenjata Hezbollah, namun pihak berkuasa tempatan mendakwa kawasan awam turut terjejas teruk akibat serangan berkenaan.

Situasi turut menjadi lebih tegang apabila serangan itu berlaku ketika wujudnya perkembangan berkaitan gencatan senjata melibatkan Iran dan Amerika Syarikat, namun Israel menegaskan Lebanon tidak termasuk dalam perjanjian tersebut.

Iran dikatakan telah memulakan penilaian serangan balas ke atas Israel berikutan perbuatan pengecut mereka melakukan serangan ketika gencatan senjata berkuatkuasa.

Sejak konflik meningkat, lebih sejuta penduduk dilaporkan terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, menjadikan krisis kemanusiaan di negara itu semakin meruncing.

Perkembangan terkini masih dipantau rapat oleh komuniti antarabangsa, dengan kebimbangan konflik bakal merebak ke peringkat lebih luas di rantau Asia Barat.-MYNEWSHUB

Tags: IsraelLubnan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan seluruh anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan misi pengaman di...

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd